dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2018 yang lepas, seramai 18 orang peserta dari kalangan murid SK Abg Buyuk Jerijeh dan SK Abg Gesa Belawai telah menghadiri Taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi. Taklimat dimulai dengan soal jawab berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan peserta dan diikuti dengan kekerapan mereka menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Kebanyakannya telah didedahkan tentang media massa sekaligus berpendapat pendedahan tersebut adalah terlalu awal memandangkan kebanyakan mereka masih bersekolah rendah. Pihak PI memaparkan video berkenaan penyalahgunaan internet dan menasihati para peserta supaya sentiasa berhati-hati untuk menyebarkan berita tidak sahih.

Selain itu, Staf Pusat Internet juga memberi taklimat Advokasi yang berkaitan dengan tajuk E-Waste dan Check Your Label yang mana menerangkan cara pelupusan peralatan elektronik yang berkhemah tanpa memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar dan juga cara pemilihan peralatan elektronik yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.